Sunday, May 11, 2008

Al-Fatihah

kepada semua muslimin dan muslimat diharap dapat memanjangkan bacaan Al-Faatihah untuk bapa Datuk Mustapa Mohamed, Mohamed Abdul Rahman, 81, yang meninggal dunia awal pagi tadi di rumahnya di Kampung Badak di sini akibat sakit tua.

Allahyarham yang juga menghidap ulser perut meninggal dunia pada 12.10 pagi tadi dan sebelum ini menjalani rawatan selama tiga minggu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Setawa Mahmud, 76, tiga anak lelaki dan dua perempuan.

Datuk Mustapa, 57, yang merupakan anak sulung dalam keluarganya berkata jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, di sini pada 10.30 pagi esok.

No comments: