Saturday, May 3, 2008

Tok Pah sebagai PM


Dato' Mustapha Mohamed merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau juga merupakan Ahli parlimen Jeli, Kelantan.


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (inggeris) Bachok pada 1963. Pada tahun 1969, beliu menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail(Sultan Ismail College)Jalan Telipot,Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Boston University, Amerika Syarikat.


Kerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974. Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebelum menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kewangan Kedua. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003

No comments: